what i love about my e-day; & budget
hi lovelies. ops cannot lovelies anymore cause i already found my love hshshs.
today i would like to share some details about what i loved on my engagement day. of course its a budget one hihi, but for (introvert?) like me macam agak big celebration la, but i still lurve everything about my e-day, especially my fiancé, Ahmad Fauzan. hihi mwah
but first of all i would like to thank to my love because very brave to commit and accept me. i love you shayang. no words can describe how big my love for you. thank you for exists in my life. i do need someone like you so much. ecey
fyi i jemput my few (like 5?) besties & others semua family and 2 neigbours je. yela tak elok juga kan heboh2 sebab baru one step closer hihi. doakan yang baik-baik ya. i do need your guys dua.
i rasa macam agak save la sebab i buat preparation a bit awal sbb yela mestila excited ada orang nak kat kita bhahaha. i mula buat 2 months before, survey & beli apa patut. dan i rasa sbb i survey awal la i dapat banyak less price sbb beli time promo je.
1. pelamin diy = rm260
look at my pelamin, isn't it amazing, beautiful and kemelayuan, kerotanan, keklasikan? i sewa rm260 for four day from azf butik pengantin (area lotus kulim kedah). i rasa sangat worth it sbb cantik kan? maybe la ada yang kata mahal but i think kalo ambil yang siap lagi mahal.
but make sure ada orang yg tangan seni la touch up. i almost give up after two hours susun bunga because it looks mess. tapi bila ada orang yang pandai dia cucuk2 pun jadi. pakej sekali lampu & dapat sewa free bunga tangan (but i ada jugak beli), cuma pekerja situ kurang ramah sikit hm. tapi xpela. maybe masatu hari badmood dia tapi yela i terasa sikit huhu
2. bunga tangan = rm21.60 (budgethouse shopee; guna voucher)
ni bunga yang sangat trending ya. tapi i tak beli la yang sekali kipas sbb i nak guna kejap je untuk gambar. tak usung merata pun. cantik kan? tekstur bunga dia seem real tau, bukan plastik mcm bunga palsu tu. cuma bau daun kering tu sikit but kisah lak janji gambar i estetik. hshs.
3. bekas cincin = rm5.51 (kuli fashion shop shopee; guna voucher)
estetik bukan. tapi maaf le i mmg busy gila tak sempat nak snap huwaaa. menyesalnya tapi dia punya hasil mmg wow la. tak sangka semurah itu untuk carved.
4. headpiece = rm6.48 (suhu.my shopee; guna voucher)
untuk orang yg pemalu dan tidak suka vogue2 untuk pakai crown, boleh la beli headpiece minimalist macamni. sebenarnya i tak nak pakai hari kejadian sbb i rasa vogue tapi setelah dipaksa tanpa budi bicara oleh bestie, ternyata i akan rasa menyesal kalau tak pakai. menaikkan seri siot.
buat seniri je geng, serious much more untung. kalo korang nak bg gift kat member baru kahwin pun sesuai ni. estetik juga. yg ni nanti boleh je repeat untuk wedding pulak tukar tarikh dengan tajuk je. btw sticker tu i customize buat seniri kat canva, but kalo amik yg template diorang pun dah lawa senanya cuma i suka nak design seniri.
6. white henna sticker = rm12.50 (amiysya hq sticker & inai ttshop)
untuk korang yg rasa tangan gelap and masih ragu2 nak white ke red, go for white! sumpah naik. tak dinafikan i sangat insecure untuk beli yg white tu sebab yela tangan i hitam kot. but my fiancé kata baju da maroon so kalo amik red macam tak naik so sebagai wanita yang solehah i ikut je & i did not regret at all! sangat cantik tauuu! cuma nasib la i takleh solat time tu. nak buang dia macam nak buang dosa. 2 hari baru i abis buang. melekat pada lapisan kulit ketujuh.
7. light stand (untuk pelamin sebab indoor) = rm19.48
ini i menyesal. menyesal sebab tak grab dua. hm. i beli satu ja tapi ia amatlah helpful untuk bagi nature light soft2 gitu. sebab yela indoor kan, cahaya a bit limited & lampu putih rumah dari arah atas buat lighting gambar buruk. this stand sangatlah helpful ya. mmg onz je sepanjang masa. cuma kena letak powerbank la if takde electric source terdekat.
8. girdle magic = rm23.16 (naomi nadia ttshop)
senanya i tak pernah ya pakai cuma ada baca2 tips kat tiktok pakai jela kan. bukan nak effect kurus sangat but at least our posture nampak elok. effect kurus tu i tak sure la sbb i pakai nampak sama je, just i pakai tu untuk nampak badan firm gitu, xde lemak gelambir sangat. i amik S ya, amik one size smaller, agar dia lebih menekan badan. sudahnya everytime pegi kenuri i rasa nak pakai plak sbb nampak badan firm. plis beli ya, boleh je pakai bebila nak. tulang dia pun tak sakit, x rasa pape. cuma kekadang dia mcm ternaik sikit bila da pakai lama. overall i suka je.
9. my dress = rm99.00
i punya dress kan, i sangat la suka sbb dia ala-ala thai punya dress & kain chiffon dia kain elok, mcm heavy chiffon, very flowy2. memula i takut la nampak vogue tapi biarla kan, memorable kan. cuma satu isu la i ingat i kecik then i amik S, okay je cuma 2 hari before e-day i've go on a strict diet la huehue. okay je, body-fitted. ramai tegur tanya beli qiszar ke? hihi, saya hanya mampu tersenyum dalam keqiszaran
10. tudung tophijab = rm29.00
first time la rasanya dalam hidup i beli tudung harga lebih dari rm15. tapi sumpah tak menyesal sebab on point betul awning dia. no need starch pun. sekali lipat helok da. stay je even tak letak banyak pin pun untuk secure. suka angat. kalo kaya macam nak beli banyak2 je pakai hari2. ada je yg rm15 tapi nanti kot i cuba. i sangat amaze ya. now i know why warna sama je dengan yg murah but ada orang sanggup bayar lebih. sebab kualiti dia tiptop!
11. mua = rm150 (makeupbyaisyaraeis tiktok)
memula ingat taknak hire mua sebab nak save bajet but i sangat bersyukur i hire sebab she make me feel beautiful. i sebenarnya bukan jenis orang mekap pakai foundation. more to skincare person sbb asyik salah code je everytime nak cuba. so this is my first time properly make up & i tak menyesal ya. lurve sangat, bila makeup gambar baru nampak wow even camera biasa non edit. for me, if ragu-ragu, hire je. sekali je nak tunang, mestila nak wow sikit en
12. ring for him = rm187 (elfi jewellery)
disebabkan hantaran i mostly makanan so i decide to give him something to show that he's already booked, by me. hhshss so belikan shayang cincin sebentuk. i think he deserve more lagi but he want a simple design. i beli masa ada expo booking kahwin kat picc. less 30% and free carved hihi. suka angat & brand ni trusted. silver sebenar, ada dia bagi ic tunjuk kesahihan silver 925.
13. zus coffee spanish latte = rm9.80
tunang tunang gak, zus tetap zus. kalini kemahuan dan keperluan ya, sebab auto bagi booster bagi takdela cepat social battery habis. we need to stay energetic sampai malam. tapi kalo tak biasa minum coffee jangan baru cuba2. cirit & berdebar ko nanti
okay setakat itu sahaja ya. if ikut yang mana keperluan i just abiskan just almost 900 ya. makanan & dessert & hantaran & goodies almost all sponsor. alhamdulillah hanya semua dapat membalas rezeki kalian. baik sungguh family & rakan-rakanku. macam sukacita je nak let go saya huwaaa. tapi bajet2 habis 1k lebih juga sebab selit2 duit sikit.
goodies from my kakak ipar syurga ya. kek batik choc indulgence & red velvet cookies. paling excited siapkan goodies ya. thank you kaklong.
& last thing i love about my e-day is the one and only my fiancé. i love you & i miss you so much. moga dipermudahkan urusan kita yang seterusnya. terima kasih sebab buktikan yang ada orang yg sudi handle perangai i dan terima baik buruk i, ada dengan i susah senang, dan tunjukkan yang perempuan biasa macam i pun layak disayangi & dicintai macam wanita-wanita lain. terima kasih Allah, terima kasih shayang, terima kasih seluruh keluarga & besties.
semoga korang yang berniat baik juga dipermudahkan segala urusan aamin ya rabb. mwah
Comments
Post a Comment